Friday, July 10, 2009

Barang baik

La...Jemaat lagi. Rasa cam baru lagi aku duk cerita pasal hari Jemaat, Jemaat lepas. Tapi, Alhamdulillah. Masih diberikan kesempatan untuk menikmati hari Jemaat penghulu segala hari. semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Esok akan balik ke kampung hubby. Dengarnya, buah rambutan tengah masak ranum di kampung. Sahaja kitorang balik semata-mata untuk menghabiskan buah rambutan kat pokok tuh! Naqib pagi-pagi tadi lagi dah call neneknya beritahu nak balik kampung esok. Entah apa yang dibodek pada neneknya entah. Aku tak berapa nak dengar sebab dia cakap perlahan bebenor!

Ahad lepas aku ke rumah pakcik aku di Putrajaya. Gi ambik barang yang mak aku kirim. Kebetulan minggu sebelumnya pakcik aku balik ke kampung. Mak aku ni pun satu. Asal ada orang KL melintas balik kampung je, mesti kerjanya ambik kesempatan mengirim barang kat aku. Aku suka tapi takutlah nyusahkan orang yang nak membawanya. Kali ni mak aku kirim satu benda baikkkk punya....

Ni lah bende baik tuh..

Kekdahnya kan, mak aku cam perli aku je kan? Ye lah..aku dah makin berisi nih....mak aku nak suruh aku slim kot tu sebab dia kirim losyen pati halia plus limau nipis tu...

Pastu aku taliponlah mak aku cakap dah ambik barang kiriman tuh. Pastu mak aku cakaplah nanti sapulah kat pinggang. Boleh hilangkan lenguh. Rupanya mak aku kesian kat aku pasal aku pernah cakap aku cepat sakit pinggang kalau lama sangat menjahit.

Ok. Ok. I ngaku I salah intepret niat suci murni mak I tu... Tapi pada masa yang sama buleh kempiskan perut gak kan?

Setat Senin lepas , asal pagi je aku sapu mende tu. Malam nak tido karang aku sapu jugak. Bengkek je hubby aku tengok. Sekali, semalam dia gi sapu gak kat perut dia. Agaknya dia pun nak test keberkesanan produk tu kot...Hehehehe.

Sambung balik cerita masa kat rumah pakcik.
Pakcik aku hadiahkan aku buku masak nih.


Pakcik aku nih pegawai di Perbadanan Perpustakaan Negara. Dia baik dengan pengedar buku. Agaknya sebab tu selalu dapat buku free. Akupun selalulah dapat buku-buku tu.Aku pun takde lah tanya banyak soklan dan takwil. Orang dah bagi, aku hambik le.

Makcik aku tu awal-awal dah pesan, nanti kalo dia gi umah aku dia nak aku wat Asam Pedas Melaka. Begheh.....



3 tukang kata:

k.e.r.i. said...

masok sedap sikit asam pedas tu.
kekgi buleh g makang free.
hahaha

Pa'chik said...

keno mitok pitih nga tokei yusmira nih tulung ngepeng ke ye.... kikiki... :P

siti said...

keri, begheh.

pokcik, kalu ye nok baya. kot ye toksir baya...